Friday, March 2, 2012

Tadaima (^o^)

Tadaima.. dah 3 minggu lebih kami balik ke nihon.. home sweet home.. tapi x berapa nak sweet lagi sebab baru masuk umah baru, persekitaran baru n semua baru la. barang2 pun x abes unpack lagi, wat kuar yg betul2 nak pakai time winter ni jek dulu.

Fuhhh fuhh lain benar bila dah ada 3 org cahaya mata ni, bznya mengalahkan menteri, haha tipu la ni.. tapi serius, setiap ari nak kena deal n handle 3 jenis perangai. even bersama2 setiap hari 24/7 seminggu pun takleh nak budget apa la si kecik 3 org ni nak uji umi. hihi, budget cam umi kena dera plak..

Umi x reti lagi nak manage time ngan anak 3 ni, rindunya nak berblog cam dulu2. lani lagi byk tulis status kat fb dari berblog (mesti org meluat tiap hari ada jek status, haha). usha blog kawan2 pun guna hp n byk jadi silent reader jek, huhu.. lagipun si kecik bb zayra ni takleh nak tinggal lelama sgt. nak harapkan si kakak n si abang tu bape lama sgtla budak2 umur 5 tahun lebih & 2 tahun lebih tu nak jaga adik, nama pun budak2 lagi kan. yg si kakak boleh gak diharap nak jaga dlm 1o min, yg si abang tu umi memang x berani nak bagi tinggal berdua ngan adik. umi masih lagi tercarik2 skill2 n petua2 nak handle anak2 dgn berkesan, hihi..

Setiap pagi dlm cuaca sejuk kejung ni sebelum bangkit tido umi dok kumpul2 kekuatan nak bangun pagi & tercari kekuatan n kesabaran nak menjaga anak2 dengan baik. err bukan mengeluh tapi bukan mudah nak hadapi semua keadaan ngan sabar n tenang. hanya yg melalui yg akan memahami.. bukannya payah kalo takat nak jaga anak pastu bersenang lenang depan tv, time mkn bagi anak2 mkn nasi ngan sardin, telur.. tapi takkan benda tu jek nak hadap tiap hari. yg susahnya kalo tiap hari 100% mahu berjaya dlm mendidik anak2 n mengharungi hari2 ngan penuh berkesan. yg kecik senang jek nak jaga, time lapar bagi susu, pas berak tukar lampin, bagi cukup tido n belaian, ok dah cukup.. yg susahnya dlm menjaga si kakak & si abang yg tgh membesar, takkan nak bagi mengadap tv n pastu main game setiap masa. kakak yg umur 5 tahun lebih perlu di isi masa ngan manfaat, si abang yg baru nak cecah 3 tahun 25hb ni plak perlu perhatian lebih maybe sebab anak lelaki kot memang tersgt taihen (mencabar). bagi umi plak yg dah ada pengalaman ngan si kakak ni umur 3 tahun adalah umur yg sgt kritikal. bila dah melebihi fasa 3 tahun, anak akan lebih mudah di handle. macam kakak humaira dulu, umur 3 tahun suka sgt merajuk n bila ditanya takmo bagitau. hakimi plak lain plak perangai, suka tunjukkan perangai, suka menjerit, pastu bila tak dpt sesuatu yg dia nak, dia akan pukul/gigit/cubit atau apa2 jekla yg dia boleh buat masa tu. lain anak, lain perangai nya kan. kita sebagai ibu la yg kena handle dengan penuh SABAR..

Ya Allah berikan lah daku kesabaran & kekuatan dlm mendidik anak2 ku, amin..

Abi n umi bercadang nak hantar kakak humaira & hakimi ke youchien tahun ni, masih lagi dalam proses. mintak2 dipermudahkan sebab payah gak baru pindah tempat baru ni byk lagi yg tak familiar. dan sebenarnya umi masih lagi berfikir2 sama ada mahu wat home schooling atau hantar anak2 ke tadika. rasanya lebih kepada 60% ke arah hantar ke tadika sebab umi rasa tak mampu nak handle n betul2 buat coz kakak maira dah nak masuk sekolah rendah tahun depan. sekurang2 bila masuk tadika ada la byk input yg dia dpt sebagai bekalan sebelum masuk sekolah rendah nanti. cuma umi perlu betul2 ajar semampu boleh dlm Iqra' n surah2 pendek sebagai ayat hafazan, InsyaAllah..

Apapun, kalo kita buat semua ni ngan hati redha ngan penuh ikhlas InsyaAllah akan bagi byk manfaat pada masa depan. semoga umi lebih menghargai masa bersama anak2. semoga abi berjaya dalam karier. semoga keluarga kita hidup bahagia & senantiasa dilindungiNYA..

cinta hati abi & umi


4 comments:

Jengkoil said...

:) semoga segala urusan dipermudahkanNya...alaaa...dah rindu 3 beradik ni...6 bulan lagi... :)

Heartilyina said...

yay update laa lagi hihi. betul tu. setakat nk jaga anak bg mkn pakai tdo tu mudah aje. tp nk didik sebagai org berjaya tula mencabar. nk layan kerenah dia lagi. fuh baru sorg kt rumah ni. belum lg 2 3 4 hihi. ihsan pn suka pukul2, gigit n tendang2 skrg ni. sabarrr jela

et said...

wah lebat betoi rambut bb..tiga2 chomey...huhuhu

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...