Minggu lepas masa sarapan sesama abi n anak2 tiba kuar topik jika berlaku lagi gempa besar pas ni apa plan kitorang, Nauzubillah minta dijauhi. tapi kita harusla berjaga2 kan. bukan saja pasal gempa bumi mungkin malapetaka lain dan bukannya yg berada kat nihon jek kat mana2 pun seharusnya kita amek masa sejenak fikir if ada apa2 terjadi, mana hala tuju kita untuk selamatkan diri bawak family masing2. hari tu ada rancangan tv dokumentari pasal jishin ni if ada kelapangan sila la pantau kawasan rumah masing2 apa plan n tempat yg perlu dituju jika berlaku malapetaka (adess awat air mata mak buyung meleleh laju jek bila sebut malapetaka, Nauzubillah).
Bila diingat balik, rasa takmo ulang saat tu n kalo boleh takmo bayang pun tapi nak buat camana. kat mana2 pun mungkin terjadi benda ni, bumi kita dah tua kan. cuaca pun x menentu jek. gerun kalo fikir dalam2. terbayang2 camana rasa gundah hati tak dapat hubungi abi, bayangkan dlm dunia yg serba canggih ni tiba2 hubungan terputus, nasib baikla line internet tak putus terus, dalam 2 jam pas bencana tu baru terputus.
Jadi plan kami, pertama jika berlaku lagi bencana macam ni, umi n anak2 akan tunggu abi di kawasan rumah sebab kami yakin area umah selamat n insyaAllah tsunami besar takkan sampai sebab kawasan berbukit. jika bencana tu terjadi waktu persekolahan anak2, maka kami akan tunggu abi kat sekolah anak2. abi n umi harus selalu check email n mesej fb sebab kalo ikut yg lepas, dlm 2 jam pertama line ini masih ok. dan juga akaun skype n voipstunt. andai kata tempat ini susah untuk berkumpul, tempat pertemuan kami adalah di Mitsuzawa Koen sebab tengah2 antara rumah n kaisha abi sekarang. jadi lehla kami masing2 berjalan kaki untuk ke sini.
Ya Allah, kami memohon padaMu jauhilah kami semua dari bencana azabMu. Amin ya Rabbal Alamin..
5 comments:
ada org kata jgn suka pk2 benda xelok. tp hakikatnya kena pk supaya kita tau apa persediaan yg boleh dibuat. xdela bila dh terjadi baru nk terngadah. hatta org yg belum mati pun disuruh buat wasiat kan. haa amik hikmah dr situ la kan hihi
bagus Murni ada perancangan. tapi mmg kene berwaspada, lagi2 nihon ni. Tokai jishin dah lebih 50 tahun tertangguh. huhu.. nauzubillah. mintak2 selamat berada di tanahair sendiri nanti. InsyaAllah...
ina : tula kan. nak taknak kena fikir tamba2 kami yg nak stay lama kat nihon ni.. huhu.. dah byk ke packing barang nak balik?
kak as : Nauzubillah. kak as pun balik for good tahun ni ek?
Perancangan tu perlu sbb semua benda kena ada perancangan. Berfikir yg tak baik, jgn smpai emosi merewang. As long as kita bergantung harap pdNYA, Insya Allah, jalan keluar sentiasa ada...
InsyaAllah, kepadaNYA kami berserah.. tq mi..
Post a Comment